Hakim..
Maafkan saya, emosi saya tak mampu dikawal
Itu terjadi bila kita dah sayang seseorang dan saya yakin awak pernah rasa apa yang saya rasa sekarang
Hakim..
Sakit..
Sakit nak nafikan perasaan dekat awak sedangkan diri saya sendiri tahu yang saya sangat sayangkan awak
Maafkan saya, maafkan saya andai saya buat awak marah dengan saya
Maafkan juga sebab saya sayang awak
Bukan niat, tak terlintas di fikiran untuk saya sayang awak. Tears*
Allah, peliknya saya
Menangis dalam diam, cinta dalam diam, sakit dalam diam, rindu dalam diam, doa dalam diam.. Bukan saya tak mampu bagitahu cuma tak mahu hilang kemanisan menyayangi seseorang dalam diam, ikhlas kerana Allah…
Bukan tak mampu.. Cuma rasa diri tak layak untuk meluahkan apa yang dirasa kerana rasa jahilnya diri ini untuk menyayangi orang yang hebat macam awak
Bukan tak mampu.. Cuma menghormati perasaan awak terhadap saya. Perasaan yang hanya termaktub sebagai rakan yang tidak pernah bersua muka.. yang tidak mengenali antara satu sama lain..
Bukan tak mampu.. Cuma sedar, diri ini perempuan, yang belajar dari pengalaman dan pengajaran
Awak sunyi, saya sedih, terasa sedihnya..
Ini mungkin terlalu bodoh tapi tahulah, saya dekat sini sentiasa tunggu panggilan awak, rindu nak bercakap dengan awak, tapi ditahan.
Bila nampak, bila tahu awak sedih, hati menangis, diri menangis, mempersoalkan kenapa tidak dengan saya kesunyian itu cuba dibuang.. Bila difikir semula, mungkin saya bukan pilihan awak 
Kalau disusun nombor, angka mungkin dua digit.. terkebelakang hehe
Tak mengapalah, mungkin awak tak nampak saya sebagai seorang yang mampu berada bersama awak bila awak dalam kesunyian, tapi awak tahu.. doa saya sentiasa teman awak walaupun awak tak perlukan doa tu hakim.. Allah,,
Kalau dan hanya jikalau awak baca apa yang saya tulis disini, mungkin awak akan rasa menyampah hahaha tapi dimana lagi saya mampu katakan apa yang saya rasa selain pada Allah secara doa nya, dan secara penanya di sini 
Hari ini, sejarah tercipta, menangis bagai nak rak bila ada perselisihan dengan awak
Emosi Amalina..
Hakim..
Perlahan lahan saya akan jauh.. Jangan risau ya
Maafkan saya andai saya ada buat awak tak selesa or whatever it is..
Jangan tegur saya, perlahan lahan saya akan terima
Doa saya.. Moga Allah temukan dan ikatkan awak dengan seorang wanita solehah yang berjaya buka hati awak untuk menyayangi dia.. Bertuah 
Dan mungkin awak akan disatukan semula dengan gadis yang awak pernah sayang dahulu.. Aturan Allah tiada siapa tahu. Dan sebaik baik aturan adalah aturan Allah SWT bukan? 
Moga sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah SWT..
No comments:
Post a Comment