Mimpi, impian lebih kurang
Cumanya mimpi ini lebih sinonim dengan… berangan
Manakala impian adalah sesuatu yang kita rasa kita mampu untuk kita kecapi, cuma antara lambat atau cepat
Aku mimpi, tapi aku tak berimpian sebab aku tahu mana impian yang boleh aku kecapi, mana yang tidak. Nothing is impossible, it’s true tapi kau tahu bila mana kita memang sedar dimana kita patut ada.
Aku mimpi, mimpi aku untuk bersama Hakim
Hari hari berangan, hari hari tersenyum
Aku juga berdoa, cuma aku tidak berdoa untuk bersama dengan beliau
Yang aku doa, moga Allah panjangkan umur beliau, moga ada Hawa yang mampu menjaga beliau dengan lebih baik
Kenapa tidak didoakan supaya aku dengan dia sedangkan aku yang sayang dia?
Sebab aku tahu, dimana asasnya akar, tetap menjadi akar, takkan menjadi buah, takkan berubah
Aku tahu hakim, aku kenal hakim
Seorang lelaki yang gila gila, seriousnya pun dalam tawa, ahhh he is a naughty one, yang sentiasa buat aku istighfar panjang bila aku dengan dia, nakal dia.. ish tapi dalam nakal dia aku tahu, ada terselit keinginan untk berubah
Cuma memerlukan sokongan, sentiasa
InshaAllah, dari jauh, doa aku sentiasa untuk kau Hakim sebab aku tahu antara kau dan aku takkan ada apa apa yang berlaku
Lagi lagi kita tak pernah jumpa in person, mesti kau kata aku gila tapi ini kerja Allah
Allah temukan aku kau bersebab
Allah pisahkan aku kau juga bersebab
Dan mungkin sebab aku sayang kau kerana Allah, aku jauhkan diri aku dari kau
Wallahi, aku baru tahu bagaimana rasa dia bila kita sayang seseorang kerana Allah, untuk meninggalkan dia kita tak rasa sesakit bila kita bercinta hanya kerana nafsu kerana Allah melindungi perasaan kita
Aku bermimpi untuk bersama kau Hakim tapi realitinya, mungkin tidak
Mungkin kau punya seseorang yang sudah kau sayang dan aku hanya orang luar yang tiba tiba sayang kau tanpa sebab, yang tiba tiba ingin menjadi tulang belakang untuk kau berubah, untuk kau sentiasa kuat, untuk sama sama berubah
Tapi tak mengapa, cukup dengan apa yang aku rasa, itu sudah membahagiakan dan betul lah kata orang, sayang orang tak semestinya kita memiliki
Sayang awak Hakim :’)
“A lady's imagination is very rapid; it jumps from admiration to love, from love to matrimony in a moment.”

No comments:
Post a Comment